Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke puteraumnokudat.blogspot.com. Melalui blog ini anda boleh dapat banyak maklumat info-info terkini mengenai isu-isu politik tanahair. Saya sangat percaya, dengan wujudnya puteraumnokudat.blogspot.com ini akan dapat membuka mata dan minda para pembaca khususnya golongan belia supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya dan isu-isu karut yang dimainkan pihak pembangkang. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan cadangan anda boleh email saya "faizal_putera@ymail.com".

Sekian terima kasih

Faizal Murtaza


Barisan EXCO Pemuda UMNO Bahagian Kudat. Yang dipimpin oleh Ketua Pemuda Tuan Sh. Sahar Bin Sh. Ading

Barisan Pemain Pasukan Bola Sepak Putera UMNO Bahagian Kudat

Tuesday, July 7, 2009

Nombor calon di sebalik pencalonan (Bhgn 2)

Baru-baru ini satu perbincangan telah diadakan mengenai nombor calon seorang calon yang bertanding dalam pemilihan Parti yang akan diadakan tidak lama lagi. Keputusan yang telah dicapai adalah nombor calon seorang calon adalah kekal seperti biasa iaitu berdasarkan jumlah pencalonan. Antara pendapat mereka adalah:

Jika nombor calon seorang calon tersebut adalah berdasarkan pencalonan dari setiap cawangan yang bersidang;


1. Orang yang ingin bertanding itu akan rajin berusaha dan bersungguh-sungguh untuk bekerja.

2. Orang yang ingin bertanding itu akan berkerja dan masuk di semua cawangan-cawangan yang bersidang, mereka akan berjumpa dengan semua orang (ahli umno).

3. Orang yang ingin bertanding itu akan menunjukkan kesungguhan mereka untuk mendapatkan pencalonan dari setiap cawangan yang bersidang.

4. Orang yang ingin bertanding itu akan menampakkan minat mereka untuk bertanding dan mereka juga akan berusaha bagi mendapatkan pencalonan.

Dengan ini, kita akan dapat melihat kerja yang mereka lakukan, kesungguhan mereka untuk hadir ke persidangan semua cawangan dan menjadi pemerhati seterusnya mendapatkan pencalonan bukan sekadar layak tetapi bagi mendapat ranking yang tertinggi. Mereka akan menunjukkan kesungguhan mereka.


Ini pendapat saya. (hanya sekadar pendapat, sama-samalah kita menilainya)

Memang betul apa yang diperkatakan semasa perbincangan itu. Tetapi jika perkara ini terus berlaku adakah usaha dan kerja mereka itu bernilai dan ikhlas untuk parti. Jika kita nilai betul-betul mereka berkerja dan berusaha sebenarnya bukanlah untuk parti tetapi realitinya hanya untuk kepentingan diri sendiri bagi mendapatkan pencalonan masing-masing, inilah realiti sebenarnya. Kita harus lebih adik dan berani menilai realiti sebenar sesuatu perjuangan tersebuat dan jangan takut pada bayang-bayang sendiri.

Jika ini berlaku berlanjutan dimanakah tahap kualiti dan nilai kita sebagai pemimpin untuk masa depan. Jika kita fikir sekarang perkara itu itu memang baik untuk diri kita. Tetapi jika anda melihat 10 - 20 tahun kehadapan, adakah anda mahu melihat anak-anak kita dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak berkualiti dan tidak mempunyai nilai kepimpinan, tidak ada karisma serta tiada kepakaran dalam kepimpinan.

Inilah yang berlaku di semenanjung pada PRU-12, di mana 5 negeri telah di tawan oleh parti pembangkang. Perkara ini berlaku kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin UMNO. Rakyat sudah jemu dengan janji-janji pemimpin yang tidak berkualiti dan tidak bernilai ini. Akibatnya mereka telah memilih parti pembangkang untuk menjadi pemimpin mereka.

Perkara ini adalah mustahak dan harus kita elak. Tidak perlu arahan dari pusat, tetapi kita harus melaksanakannya dan mencorakannya sendiri bermula sekarang, sebelum terlambat.

Jika nombor calon seorang calon itu di ambil melalui cabutan undi.

1. Dari sinilah kita benar-benar dapat menilai kesungguhan dan kerja-kerja mereka. Walaupun pencalonan tidak memberi sebarang kesan terhadap 'nombor calon' tetapi mereka tetap berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh. Inilah nilai sebenar seorang pemimpin yang ikhlas bekerja untuk rakyat.

2 Mereka akan menunjukkan keikhlasan mereka bekerja hanya untuk parti yang kita sayangi dan bukan untuk diri sendiri bagi mendapat jumlah pencalonan yang banyak dan ranking yang tertinggi.

3. Mereka akan terus bekerja tanpa mengharapkan apa-apa dari rakyat. Inilah yang dikatakan keikhlasan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Janganlah sesekali kita memikirkan kebaikkan dan kesenangan hanya untuk diri kita sendiri sahaja. Tetapi kita harus memikirkan untuk masa hadapan. Kerana perkara ini adalah permulaannya dan akan memberi kesan yang besar terhadap anak-anak kita jika pemimpin kita tidak mempunyai kualiti. Biarlah pemimpin yang kita ada jumlahnya sedikit tetapi sangat berkualiti dan bukan berdasarkan kuantiti. Dalam mencari seorang pemimpin yang benar-benar mahu memimpin kita harus meredah sedikit kesusahan dan rintangan. Ini adalah suara seluruh PUTERA, sama-samalah kita menilai kerana setiap tindakan yang kita ambil akan meninggalkan kesan kepada semua.

No comments: