Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke puteraumnokudat.blogspot.com. Melalui blog ini anda boleh dapat banyak maklumat info-info terkini mengenai isu-isu politik tanahair. Saya sangat percaya, dengan wujudnya puteraumnokudat.blogspot.com ini akan dapat membuka mata dan minda para pembaca khususnya golongan belia supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya dan isu-isu karut yang dimainkan pihak pembangkang. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan cadangan anda boleh email saya "faizal_putera@ymail.com".

Sekian terima kasih

Faizal Murtaza


Barisan EXCO Pemuda UMNO Bahagian Kudat. Yang dipimpin oleh Ketua Pemuda Tuan Sh. Sahar Bin Sh. Ading

Barisan Pemain Pasukan Bola Sepak Putera UMNO Bahagian Kudat

Tuesday, July 28, 2009

Kerusi DUN di kawasan pedalaman sudah dicadang ditambah, kata Sairin

sumber: News Sabah Times

KENINGAU: Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata, pengwujudan kawasan baru pilihan raya di kawasan pedalaman telah dirangka bagi memberi ruang kepada Umno mendapat kuota sekurang-kurangnya satu kerusi dalam satu kawasan Parlimen pada pilihan raya akan datang.

Bagi kawasan Parlimen Keningau yang kini mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Liawan, DUNN Bingkor dan DUN Tambunan akan dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen.

“Kita telah mencadangkan Parlimen Keningau kekal dan mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Liawan, Bingkor dan Apin-Apin,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Keningau di dewan masyarakat di sini pada Sabtu.

Hadir sama di majlis perasmian gabungan tiga pergerakan Umno Bahagian itu Ketua Pergerakan Wanita Umno Keningau, Amelia Ajun; Ketua Pergerakan Pemuda yang juga Ketua Pemudan Umno Sabah, Azman Hj. Ruslan dan Ketua Puteri, Junaidah Sapli.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Pensiangan Zaiton OKK Anik, Ketua Pemuda Umno Kudat Sharif Sahar Sharif Andeng dan Ketua Puteri Umno Pensiangan Norhafizah Muhamin masing-masing menjadi pemerhati dari Umno Negeri ketiga-ketiga pergerakan itu.

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan berkata, kawasan DUN Tambunan dicadang menjadi kawasan Parlimen Tambunan dan dua kawasan DUN telah dicadang.

Katanya, pengwujudan kawasan baru DUN di kawasan Parlimen Pensiangan juga telah dicadang.
“Jika cadangan itu diluluskankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) maka kawasan Parlimen Pensiangan akan mempunyai satu lagi kawasan DUN baru yang dicadang iaitu DUN Pegalan dan mengekal dua kawasan DUN sedia ada iaitu Sook dan Nabawan” katanya.

Beliau berkata, apabila DUN baru itu diwujudkan nanti, Umnno Pensiangan boleh mendapat kouta kerusi pada pilihanraya akan datang.

Tambahnya, pengwujudan kawasan baru sama ada Parlimen dan DUN dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya penting bagi membolehkan Umno yang menjadi tukang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sekurang-kurangnya satu kerusi bagi satu kawasan Parlimen.

Pada masa ini katanya, Parlimen Pensiangan mempunyai dua kawasan DUN iaitu Sook dan Nabawan di kerusi Parlimennya diberikan kepada diberikan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan kerusi DUN Sook juga milik PBRS manakala DUN Nabawan diberikan kepada UPKO.

Sairin yakin jika satu lagi kawasan DUN diwujudkan di kawasan Parlimen ini ia boleh diberikan kepada Umno.

“Begitu juga jika kawasan Parlimen Tambunan dapat diwujudkan mungkin Umno boleh memiliki salah satu daripada kerusi DUN yang bakal diwujudkan,” kata Sairin.

Dalam masa yang sama Ketua Umno Bahagian Keningau itu mengingatkan ketiga-ktiga pergerakan Umno Bahagian itu agar terus mendukung kepimpinan Umno Pusat di bawah pimpinan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Umno Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Dan yang lebih penting katanya, ketiga-ketiga pergerakan parti ini perlu turun padang mendekati ahli masing-masing diperingkat cawangan dan masyarakat keseluruhannya bagi merealisasikan gagasan Perdana Menteri 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutama.
Sairin dalam ucapan turut meminta agar peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan.

Katanya, UPSR wajar dikekalkan kerana ia masih releven bagi mengukur pencapaian murid sekolah rendah sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Sementera itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Hj. Ruslan yang mewakili ketiga-ketiga pergerakan itu berkata, asas perjuangan Umno sebenarnya adalah membela nasib rakyat.

Katanya, rakyat diperingkat akar umbi mengharapkan perkhidmatan yang terbaik daripada pemimpin-pemimpin atasan.

Justeru itu katanya, pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat perlu mendekati rakyat dan menyelami jiwa mereka yang selama ini mengharapkan pembelaan bagi membolehkan BN terus mengekalkan kuasa pada pilihanraya ke 13 akan datang.

Azman yang juga Ketua Pemuda Umno Sabah dalam ucapannya berharap Umno Sabah kekal sebagai simpanan tetap Umno.

Katanya, kecemerlangan Umno di negeri ini dapat dikekalkan jika pemimpin-pemimpin terus mendekati ahli-ahli di peringkat akar umbi dan memenuhi kehendak mereka.

Dalam hal ini katanya, ketiga-tiga pergerakan dalam parti perlu memainkan perana masing-masing memastikan ahli-ahli terus releven dalam jiwa mereka.

Beliau berkata, terdapat ahli parti menganggap Umno tidak lagi releven kerana mereka merasa terabai dan dipinggirkan. “Mereka inilah yang perlu didekati agar Umno kembali releven dalam jiwa mereka.” kata Azman.

Najib mahu penuntut IPT guna kewarasan tapis maklumat

sumber: News Sabah Times

SHAH ALAM: Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah menggunakan kewarasan mereka sebagai mahasiswa dalam menapis dan menyaring maklumat yang diterima, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata mereka perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai dan memperhalusi sesuatu itu itu.

Perdana Menteri juga berharap mahasiswa tidak menjadi pembudaya fitnah dan omongan jahat.
“Kita faham, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Namun tidak ada juga sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan,” katanya ketika menutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam (ISCO 09) di Universiti Teknologi Mara Shah Alam kelmarin.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Damai (Dewan Amal Islam Hadhari) IPTA yang menjadi penaung kepada pergerakan persatuan-persatuan Islam di institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara.

Selain itu, Najib berkata segala aktiviti yang dirancang oleh pimpinan mahasiswa perlulah relevan dengan zaman dan dalam konteks ini mahasiswa perlu mengutamakan keperluan belia di dalam program-program yang dijalankan mereka.

Najib berkata:”Maknanya janganlah kegiatan mahasiswa bersifat syok sendiri, lupa pada asasnya iaitu membantu dan membimbing golongan muda dan rakan semahasiswa khususnya agar terus berada di landasan yang betul”.

Para mahasiswa perlu turut memenuhkan ilmu di dada dan menjadi mahasiswa yang fasih pelbagai bahasa, serba boleh dan menguasai pelbagai kemahiran kerana era dunia kini adalah era peperangan minda dan bukannya lagi ketenteraan atau beradu fizikal, katanya.

Perdana Menteri berkata mahasiswa yang terdiri daripada golongan belia adalah bakal pemimpin negara dan dengan itu soal kepimpinan mahasiswa adalah amat penting bak kata Imam Al-Ghazali “jika golongan belia sesebuah negara itu baik, maka masa hadapan negara itu berada di tangan barisan yang boleh ditaruhkan harapan”.

Justeru, beliau berkata usaha DAMAI mengadakan ISCO 09 adalah bertepatan dalam usaha mengupas pengertian kepentingan kepimpinan sekaligus mencari pemimpin masa depan yang berwibawa.

“Dalam hal ini, jaminan dari saya sebagai Perdana Menteri adalah pihak kerajaan akan sentiasa men- yokong sepenuhnya inisiatif menggilap pemimpin baru yang dilatih mengikut asas kepimpinan menurut landasan yang betul. Mustahaknya, kita tidak mahu mahasiswa terbabas daripada jalan yang sewajarnya,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata apa yang menyedihkan terdapat pemimpin mahasiswa di negara ini yang dilihat berpotensi tetapi tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan kepimpinan mereka di atas landasan yang akan memberikan manfaat yang besar kepada pergerakan mereka sendiri mahupun masyarakat keseluruhanannya.

Tindakan-tindakan yang tidak menguntungkan mahasiswa atau masyarakat hendaklah dielakkan kerana ini mungkin akan mencemarkan gerakan mahasiswa berkenaan, katanya.
Perdana Menteri berkata penubuhan Kelab DAMAI IPTA merupakan satu pendekatan yang beliau yakin mampu menyediakan lapangan, laluan dan wadah bagi melahirkan bakal pemimpin masa hadapan.

“Bahkan, kaedah pengkaderan pimpinan masa depan di mana Rasulullah yang amat menitikberatkan tarbiyyah dan disiplin sepertimana baginda membimbing para sahabat seperti Usamah, Muaz dan Mus’ab perlu menjadi teras kepada usaha-usaha Kelab DAMAI IPTA.”

Dalam perspektif Islam, um- mah tidak boleh dibiarkan dalam ketika apa pun berada dalam keadaan tanpa pemimpin atau arah tuju dan ini dapat dilihat bagaimana Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah biarpun jenazah Rasulullah s.a.w pada masa itu belum disemadikan lagi, katanya.

Katanya jelas sekali peristiwa itu menunjukkan Islam tidak mengambil mudah soal kepimpinan malahan merupakan keutamaan dalam membina ketamadunan dan survival ummah.

Dalam kata lain, katanya Islam meletakkan kepimpinan sebagai taklif yakni amanah yang mesti dilaksanakan dan bukannya tashrif yakni kemuliaan semata-mata bagi membawa transfromasi yang besar kepada negara.

“Kepimpinan yang wujud dalam Islam ialah kesepaduan yang menekankan keseimbangan antara roh dan jasad…kestabilan di antara pembangunan kerohanian dan kebendaaan bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata adalah penting bagi seseorang pemimpin untuk menunaikan janji yang dibuat bagi mendapatkan keredaan Allah s.w.t.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan watikah Penubuhan Kelab Damai kepada Naib Canselor semua IPTA di seluruh negara.

Pengerusi DAMAI Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis itu turut mengumumkan jawa- tannya itu akan diambil alih oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkuatkuasa kelmarin.

Wednesday, July 22, 2009

PASTIKAN UMNO KUAT


sumber: News Sabah Times
oleh: KAMARUDDIN LIUSIN

TUARAN
: Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli-ahli parti di negeri ini untuk terus memastikan Umno Sabah benar-benar kuat dan mantap serta disegani oleh rakan dan lawan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, dengan keputusan dan prestasi cemerlang yang dibuktikan Umno Sabah dalam menghadapi tiga kali pilihanraya umum dengan memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang diperuntukkan kepada Umno ia dianggap oleh pemimpin-pemimpin Umno di Semenanjung bahawa Umno Sabah sebagai kubu kuat parti.

“Saya pula menganggap apa yang mereka (pemimpin Umno dari Semenanjung) katakan itu, bukan sebagai satu keistimewaan..ianya merupakan satu tanggungjawab ahli dan pemimpin Umno di negeri ini untuk memastikan Umno Sabah benar-benar kuat,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tuaran di Dewan Pusat Latihan Rela Sabah, dekat sini, kelmarin.

Katanya, sebagai ahli dan pemimpin Umno adalah amat penting semua pihak dalam parti untuk terus berkerjasama dan bersatu padu untuk memastikan Umno di negeri ini di pandang mulia dan tinggi oleh rakan dan lawan.

Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno juga berkata, adalah amat penting untuk ahli dan pemimpin parti di semua peringkat supaya berjuang dengan penuh keikhlasan dan semangat perpaduan dan saling bekerjasama.

Dalam pada itu,beliau juga meminta semua barisan kepimpinan parti di peringkat bahagian dan cawangan termasuk sayap parti, Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memperkemaskan pentadbiran dan aktiviti termasuk di peringkat cawangan.

“Apa yang penting pemimpin peringkat cawangan juga turut berganding bahu bersama masyarakat setempat dalam menjayakan apa juga aktiviti,” katanya.

Tegasnya, sebarang usaha yang boleh melemahkan parti perlu dielakkan.

Sementara itu,Musa yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan pembangunan yang seimbang akan dilaksanakan di seluruh negeri yang sekarang ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan tidak lama lagi akan menghadapi RMK-10.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Yahya Hussin, Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Mohd Noor, Ketua Umno Bahagian Sandakan, Tan Sri Ampong Puyon dan Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.



Botol plastik pengganti lampu

Ruangan dalam bangunan LEO SESB Tanjung Aru yang
menggunakan lampu daripada botol plastik berisi air

SESB perkenal kaedah baru penjimatan elektrik, dewan atau bilik diterangi secara semula jadi

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memperkenalkan kaedah baru penjimatan elektrik menggunakan botol plastik berisi air sebagai pengganti lampu bagi menerangi bilik atau dewan tertutup pada waktu siang.

Menerusi kaedah itu, botol plastik berisi air akan dipasang di atap bangunan bagi membolehkan cahaya matahari memasuki ruangan dewan atau bilik dan menerangi kawasan berkenaan secara semula jadi.

Pengurus Zon Tengah Kendalian Pembahagian SESB Kota Kinabalu, Willie Wong, berkata cahaya yang dihasilkan menerusi kaedah itu menyamai kekuatan cahaya lampu biasa yang menggunakan tenaga elektrik.

Beliau yang menjalankan kajian penggunaan kaedah itu sejak awal tahun ini berkata, jika dilaksanakan, ia mampu menjimatkan penggunaan elektrik untuk lampu pada waktu siang sehingga 100 peratus.

"Botol plastik berisi air yang dipasang di atap bangunan akan memancarkan cahaya terang dan kelihatan seperti cahaya lampu biasa kerana air dalam botol itu bertindak seperti prisma.

"Konsepnya sama seperti memasang zink lutsinar tetapi cahaya matahari yang memasuki ruang bangunan akan menjadi lebih terang berbanding cahaya biasa jika menggunakan zink lutsinar," katanya di sini, kelmarin.

Wong berkata, pengguna yang ingin memasang kaedah itu tidak memerlukan kos tinggi kerana hanya perlu mengumpul botol plastik terpakai untuk dipasang pada atap bangunan.

Katanya, botol plastik yang diisi air akan dilekat menggunakan pelekat silikon secara menegak di atas atap manakala bahagian bawah botol diletak menghadap ruangan bangunan.

"SESB sudah memasang kaedah ini di bilik serbaguna kami di pejabat SESB Tanjung Aru sejak awal tahun ini dan sekarang ia berfungsi dengan baik tanpa kebocoran.

"Sebagai tambahan, kami turut memasang satu sistem jatuhan air dalam bangunan untuk menghasilkan udara sejuk tanpa menggunakan pendingin hawa.

"Pada masa sama, kami juga memasang sistem solar bagi menghasilkan tenaga elektrik untuk menghidupkan kipas dan lampu bagi kegunaan pada waktu malam," katanya.

Katanya, gabungan penggunaan botol plastik, sistem jatuhan air dan tenaga solar dalam satu bangunan dikenali sebagai sistem Pejabat Tenaga Rendah atau Low Energy Office (LEO) yang berkonsepkan teknologi hijau.

Beliau berkata, SESB mengalu-alukan orang ramai yang ingin melihat keberkesanan kaedah itu dan bersedia memberikan panduan kepada sesiapa yang ingin memasangnya.

"Kaedah ini berpotensi digunakan dalam pejabat atau dewan kerana atap perlu ditebuk bagi memasang botol plastik.

"Berdasarkan apa yang kami lakukan, ia berkesan untuk menjimatkan tenaga tanpa menjejaskan keselesaan orang ramai kerana langkah itu memaksimumkan penggunaan sumber semula jadi seperti cahaya matahari," katanya.

sumber: Berita Harian Online
oleh: Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah


Tuesday, July 21, 2009

Memperkasa budaya politik di kalangan belia

sumber: Majlis Belia Malaysia

PROSES mematangkan politik negara dalam konteks demokrasi memerlukan budaya politik sihat lagi penuh pertanggungjawaban. Ia memungkinkan tarbiyah politik dan sosiolisasi politik bermula dengan institusi sosial seperti keluarga, agama, pendidikan, media massa, sekali gus rakan sebaya.

Tidak hairanlah jika Barisan Nasional (BN) ingin mengembalikan prestasi cemerlang 2004 pada pilihan raya umum, maka dasar proaktif mensosialisasikan sasaran pengundi dan rakyat jelata mesti disegerakan.

Agensi kerajaan seperti Kemas, Jabatan Penerangan, media massa dan sebagainya mesti memainkan peranan aktif melaksanakan kempen sosialisasi politik sesuai budaya politik memupuk kader dan kematangan politik.
Apakah golongan muda kita ditarbiyahkan dan disosialisasikan dengan pengertian memperoleh kerakyatan dan warga negara yang baik, memupuk nilai murni membina negara seperti bertanggungjawab, patriotisme dan rasa kecintaan kebanggaan negara sebagai rakyat yang setia lagi bertanggungjawab?

Apakah sumbangan kita terhadap proses membina negara dan melestarikan Misi Nasional dan pencapaian Wawasan 2020?

Siapakah perlu melaksanakan budaya politik yang bersifat terbuka dan mementingkan perkasa sosialisasi politik? Adakah sistem parti BN atau kerajaan dengan bantuan agensi pelaksana masing-masing?

Namun, pada hemat saya, sudah sampai masanya BN sebagai pemerintah merancakkan proses tarbiyah politik dalam konteks sosialisasi politik dengan bukan hanya pengajaran kursus sivik, bahkan mengasah dan mengasuh mereka bagaimana berfikir.

Pemikiran kritis mengambil kira bagaimana (kaedah berfikir) bukan apa hendak difikirkan dan sekali gus, pengalaman lebih diutamakan sebagai proses pembelajaran bukan sebaliknya.

Bahkan, kajian memperlihatkan generasi muda banyak memperoleh pengetahuan politik daripada sekolah berbanding pengalaman luar.

Nilai kewarganegaraan yang baik bermula dan dipupuk di sekolah, dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya.

Begitu juga, rakan sebaya menerusi kelab belia dan persatuan sosial, keagamaan dan lain mampu membina modal insan dan tarbiyah politik jika program proaktif disemarakkan dengan konsisten.

Jika budaya politik yang menggalakkan pemikiran terbuka, maka sosialisasi politik adalah agenda utama BN dan perlu dilaksanakan segera.

Bagaimanapun, jika agensi kerajaan bertanggungjawab gagal melaksanakan peranan mematangkan politik dalam bentuk tarbiyah politik dan pemupukan nilai, kepercayaan, perilaku politik sesuai dengan cabaran Wawasan 2020, maka kita khuatir kestabilan politik akan terjejas.

Justeru, golongan sasaran khususnya belia dari semua kaum mesti diperkasakan budaya politik mereka dengan kempen sosialisasi politik berkesan sambil menjadi warga negara patriotik lagi menghayati cabaran Wawasan 2020, sekali gus memaparkan nilai warga negara yang toleran, matang dan demokratik bahkan lebih mementingkan negara bukan sebaliknya.

PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF,
Pusat Pengajian Komunikasi, USM Pulau Pinang.

Memperkasa budaya politik di kalangan belia

sumber: Majlis Belia Malaysia

ROSES mematangkan politik negara dalam konteks demokrasi memerlukan budaya politik sihat lagi penuh pertanggungjawaban. Ia memungkinkan tarbiyah politik dan sosiolisasi politik bermula dengan institusi sosial seperti keluarga, agama, pendidikan, media massa, sekali gus rakan sebaya.

Tidak hairanlah jika Barisan Nasional (BN) ingin mengembalikan prestasi cemerlang 2004 pada pilihan raya umum, maka dasar proaktif mensosialisasikan sasaran pengundi dan rakyat jelata mesti disegerakan.

Agensi kerajaan seperti Kemas, Jabatan Penerangan, media massa dan sebagainya mesti memainkan peranan aktif melaksanakan kempen sosialisasi politik sesuai budaya politik memupuk kader dan kematangan politik.
Apakah golongan muda kita ditarbiyahkan dan disosialisasikan dengan pengertian memperoleh kerakyatan dan warga negara yang baik, memupuk nilai murni membina negara seperti bertanggungjawab, patriotisme dan rasa kecintaan kebanggaan negara sebagai rakyat yang setia lagi bertanggungjawab?

Apakah sumbangan kita terhadap proses membina negara dan melestarikan Misi Nasional dan pencapaian Wawasan 2020?

Siapakah perlu melaksanakan budaya politik yang bersifat terbuka dan mementingkan perkasa sosialisasi politik? Adakah sistem parti BN atau kerajaan dengan bantuan agensi pelaksana masing-masing?

Namun, pada hemat saya, sudah sampai masanya BN sebagai pemerintah merancakkan proses tarbiyah politik dalam konteks sosialisasi politik dengan bukan hanya pengajaran kursus sivik, bahkan mengasah dan mengasuh mereka bagaimana berfikir.

Pemikiran kritis mengambil kira bagaimana (kaedah berfikir) bukan apa hendak difikirkan dan sekali gus, pengalaman lebih diutamakan sebagai proses pembelajaran bukan sebaliknya.

Bahkan, kajian memperlihatkan generasi muda banyak memperoleh pengetahuan politik daripada sekolah berbanding pengalaman luar.

Nilai kewarganegaraan yang baik bermula dan dipupuk di sekolah, dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya.

Begitu juga, rakan sebaya menerusi kelab belia dan persatuan sosial, keagamaan dan lain mampu membina modal insan dan tarbiyah politik jika program proaktif disemarakkan dengan konsisten.

Jika budaya politik yang menggalakkan pemikiran terbuka, maka sosialisasi politik adalah agenda utama BN dan perlu dilaksanakan segera.

Bagaimanapun, jika agensi kerajaan bertanggungjawab gagal melaksanakan peranan mematangkan politik dalam bentuk tarbiyah politik dan pemupukan nilai, kepercayaan, perilaku politik sesuai dengan cabaran Wawasan 2020, maka kita khuatir kestabilan politik akan terjejas.

Justeru, golongan sasaran khususnya belia dari semua kaum mesti diperkasakan budaya politik mereka dengan kempen sosialisasi politik berkesan sambil menjadi warga negara patriotik lagi menghayati cabaran Wawasan 2020, sekali gus memaparkan nilai warga negara yang toleran, matang dan demokratik bahkan lebih mementingkan negara bukan sebaliknya.

PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF,
Pusat Pengajian Komunikasi, USM Pulau Pinang.

RM50 juta bantuan pinjaman belia niaga

sumber: Majlis Belia Malaysia

JERANTUT 29 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini menerusi Tabung Pinjaman Ekonomi Belia untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan di seluruh negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Azizan Che Omar berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan telah memudahkan prosedur dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang selama ini dilihat menjadi halangan kepada belia.

Melalui pinjaman tersebut, katanya, belia tidak perlu menyediakan penjamin bagi pinjaman RM15,000 ke bawah sebaliknya mereka hanya perlu mengemukakan permohonan dengan surat sokongan dan pendaftaran perniagaan.

''Bagi pinjaman RM15,000 hingga RM50,000 pula, mereka hanya perlu mengemukakan seorang penjamin yang berpendapatan RM800 sebulan," katanya ketika menutup Program Ekspedisi Kuala Tahan anjuran Gerakan Belia 4B Indera Mahkota di Kuala Tahan dekat sini kelmarin.

Mohd. Azizan memberitahu, peminjam tidak perlu lagi menjalani ujian minda atau prosedur lain tetapi hanya perlu menjalani kursus singkat perniagaan anjuran kementerian terbabit.

Katanya, pinjaman mudah yang disediakan kementerian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan selain melahirkan belia berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di seluruh negara.

Sehingga kini, menurut Mohd. Azizan, sebanyak RM10.5 juta pinjaman diluluskan kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan menganggur supaya memohon pinjaman itu bagi memajukan diri dalam perniagaan.

''Peluang keemasan yang disediakan kerajaan itu tidak seharusnya dipersia-siakan kerana kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mereka menjadi usahawan yang berjaya dan mendapatkan pendapatan lumayan," katanya.

Mohd. Azizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, pinjaman itu terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum.