Tuesday, July 28, 2009
Kerusi DUN di kawasan pedalaman sudah dicadang ditambah, kata Sairin
KENINGAU: Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata, pengwujudan kawasan baru pilihan raya di kawasan pedalaman telah dirangka bagi memberi ruang kepada Umno mendapat kuota sekurang-kurangnya satu kerusi dalam satu kawasan Parlimen pada pilihan raya akan datang.
Bagi kawasan Parlimen Keningau yang kini mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Liawan, DUNN Bingkor dan DUN Tambunan akan dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen.
“Kita telah mencadangkan Parlimen Keningau kekal dan mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Liawan, Bingkor dan Apin-Apin,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Keningau di dewan masyarakat di sini pada Sabtu.
Hadir sama di majlis perasmian gabungan tiga pergerakan Umno Bahagian itu Ketua Pergerakan Wanita Umno Keningau, Amelia Ajun; Ketua Pergerakan Pemuda yang juga Ketua Pemudan Umno Sabah, Azman Hj. Ruslan dan Ketua Puteri, Junaidah Sapli.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Pensiangan Zaiton OKK Anik, Ketua Pemuda Umno Kudat Sharif Sahar Sharif Andeng dan Ketua Puteri Umno Pensiangan Norhafizah Muhamin masing-masing menjadi pemerhati dari Umno Negeri ketiga-ketiga pergerakan itu.
Sairin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan berkata, kawasan DUN Tambunan dicadang menjadi kawasan Parlimen Tambunan dan dua kawasan DUN telah dicadang.
Katanya, pengwujudan kawasan baru DUN di kawasan Parlimen Pensiangan juga telah dicadang.
“Jika cadangan itu diluluskankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) maka kawasan Parlimen Pensiangan akan mempunyai satu lagi kawasan DUN baru yang dicadang iaitu DUN Pegalan dan mengekal dua kawasan DUN sedia ada iaitu Sook dan Nabawan” katanya.
Beliau berkata, apabila DUN baru itu diwujudkan nanti, Umnno Pensiangan boleh mendapat kouta kerusi pada pilihanraya akan datang.
Tambahnya, pengwujudan kawasan baru sama ada Parlimen dan DUN dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya penting bagi membolehkan Umno yang menjadi tukang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sekurang-kurangnya satu kerusi bagi satu kawasan Parlimen.
Pada masa ini katanya, Parlimen Pensiangan mempunyai dua kawasan DUN iaitu Sook dan Nabawan di kerusi Parlimennya diberikan kepada diberikan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan kerusi DUN Sook juga milik PBRS manakala DUN Nabawan diberikan kepada UPKO.
Sairin yakin jika satu lagi kawasan DUN diwujudkan di kawasan Parlimen ini ia boleh diberikan kepada Umno.
“Begitu juga jika kawasan Parlimen Tambunan dapat diwujudkan mungkin Umno boleh memiliki salah satu daripada kerusi DUN yang bakal diwujudkan,” kata Sairin.
Dalam masa yang sama Ketua Umno Bahagian Keningau itu mengingatkan ketiga-ktiga pergerakan Umno Bahagian itu agar terus mendukung kepimpinan Umno Pusat di bawah pimpinan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Umno Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Dan yang lebih penting katanya, ketiga-ketiga pergerakan parti ini perlu turun padang mendekati ahli masing-masing diperingkat cawangan dan masyarakat keseluruhannya bagi merealisasikan gagasan Perdana Menteri 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutama.
Sairin dalam ucapan turut meminta agar peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan.
Katanya, UPSR wajar dikekalkan kerana ia masih releven bagi mengukur pencapaian murid sekolah rendah sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Sementera itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Hj. Ruslan yang mewakili ketiga-ketiga pergerakan itu berkata, asas perjuangan Umno sebenarnya adalah membela nasib rakyat.
Katanya, rakyat diperingkat akar umbi mengharapkan perkhidmatan yang terbaik daripada pemimpin-pemimpin atasan.
Justeru itu katanya, pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat perlu mendekati rakyat dan menyelami jiwa mereka yang selama ini mengharapkan pembelaan bagi membolehkan BN terus mengekalkan kuasa pada pilihanraya ke 13 akan datang.
Azman yang juga Ketua Pemuda Umno Sabah dalam ucapannya berharap Umno Sabah kekal sebagai simpanan tetap Umno.
Katanya, kecemerlangan Umno di negeri ini dapat dikekalkan jika pemimpin-pemimpin terus mendekati ahli-ahli di peringkat akar umbi dan memenuhi kehendak mereka.
Dalam hal ini katanya, ketiga-tiga pergerakan dalam parti perlu memainkan perana masing-masing memastikan ahli-ahli terus releven dalam jiwa mereka.
Beliau berkata, terdapat ahli parti menganggap Umno tidak lagi releven kerana mereka merasa terabai dan dipinggirkan. “Mereka inilah yang perlu didekati agar Umno kembali releven dalam jiwa mereka.” kata Azman.
Najib mahu penuntut IPT guna kewarasan tapis maklumat
SHAH ALAM: Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah menggunakan kewarasan mereka sebagai mahasiswa dalam menapis dan menyaring maklumat yang diterima, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata mereka perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai dan memperhalusi sesuatu itu itu.
Perdana Menteri juga berharap mahasiswa tidak menjadi pembudaya fitnah dan omongan jahat.
“Kita faham, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Namun tidak ada juga sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan,” katanya ketika menutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam (ISCO 09) di Universiti Teknologi Mara Shah Alam kelmarin.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Damai (Dewan Amal Islam Hadhari) IPTA yang menjadi penaung kepada pergerakan persatuan-persatuan Islam di institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara.
Selain itu, Najib berkata segala aktiviti yang dirancang oleh pimpinan mahasiswa perlulah relevan dengan zaman dan dalam konteks ini mahasiswa perlu mengutamakan keperluan belia di dalam program-program yang dijalankan mereka.
Najib berkata:”Maknanya janganlah kegiatan mahasiswa bersifat syok sendiri, lupa pada asasnya iaitu membantu dan membimbing golongan muda dan rakan semahasiswa khususnya agar terus berada di landasan yang betul”.
Para mahasiswa perlu turut memenuhkan ilmu di dada dan menjadi mahasiswa yang fasih pelbagai bahasa, serba boleh dan menguasai pelbagai kemahiran kerana era dunia kini adalah era peperangan minda dan bukannya lagi ketenteraan atau beradu fizikal, katanya.
Perdana Menteri berkata mahasiswa yang terdiri daripada golongan belia adalah bakal pemimpin negara dan dengan itu soal kepimpinan mahasiswa adalah amat penting bak kata Imam Al-Ghazali “jika golongan belia sesebuah negara itu baik, maka masa hadapan negara itu berada di tangan barisan yang boleh ditaruhkan harapan”.
Justeru, beliau berkata usaha DAMAI mengadakan ISCO 09 adalah bertepatan dalam usaha mengupas pengertian kepentingan kepimpinan sekaligus mencari pemimpin masa depan yang berwibawa.
“Dalam hal ini, jaminan dari saya sebagai Perdana Menteri adalah pihak kerajaan akan sentiasa men- yokong sepenuhnya inisiatif menggilap pemimpin baru yang dilatih mengikut asas kepimpinan menurut landasan yang betul. Mustahaknya, kita tidak mahu mahasiswa terbabas daripada jalan yang sewajarnya,” katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata apa yang menyedihkan terdapat pemimpin mahasiswa di negara ini yang dilihat berpotensi tetapi tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan kepimpinan mereka di atas landasan yang akan memberikan manfaat yang besar kepada pergerakan mereka sendiri mahupun masyarakat keseluruhanannya.
Tindakan-tindakan yang tidak menguntungkan mahasiswa atau masyarakat hendaklah dielakkan kerana ini mungkin akan mencemarkan gerakan mahasiswa berkenaan, katanya.
Perdana Menteri berkata penubuhan Kelab DAMAI IPTA merupakan satu pendekatan yang beliau yakin mampu menyediakan lapangan, laluan dan wadah bagi melahirkan bakal pemimpin masa hadapan.
“Bahkan, kaedah pengkaderan pimpinan masa depan di mana Rasulullah yang amat menitikberatkan tarbiyyah dan disiplin sepertimana baginda membimbing para sahabat seperti Usamah, Muaz dan Mus’ab perlu menjadi teras kepada usaha-usaha Kelab DAMAI IPTA.”
Dalam perspektif Islam, um- mah tidak boleh dibiarkan dalam ketika apa pun berada dalam keadaan tanpa pemimpin atau arah tuju dan ini dapat dilihat bagaimana Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah biarpun jenazah Rasulullah s.a.w pada masa itu belum disemadikan lagi, katanya.
Katanya jelas sekali peristiwa itu menunjukkan Islam tidak mengambil mudah soal kepimpinan malahan merupakan keutamaan dalam membina ketamadunan dan survival ummah.
Dalam kata lain, katanya Islam meletakkan kepimpinan sebagai taklif yakni amanah yang mesti dilaksanakan dan bukannya tashrif yakni kemuliaan semata-mata bagi membawa transfromasi yang besar kepada negara.
“Kepimpinan yang wujud dalam Islam ialah kesepaduan yang menekankan keseimbangan antara roh dan jasad…kestabilan di antara pembangunan kerohanian dan kebendaaan bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata adalah penting bagi seseorang pemimpin untuk menunaikan janji yang dibuat bagi mendapatkan keredaan Allah s.w.t.
Pada majlis itu, Najib menyampaikan watikah Penubuhan Kelab Damai kepada Naib Canselor semua IPTA di seluruh negara.
Pengerusi DAMAI Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis itu turut mengumumkan jawa- tannya itu akan diambil alih oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkuatkuasa kelmarin.
Wednesday, July 22, 2009
PASTIKAN UMNO KUAT
sumber: News Sabah Times
oleh: KAMARUDDIN LIUSIN
TUARAN : Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli-ahli parti di negeri ini untuk terus memastikan Umno Sabah benar-benar kuat dan mantap serta disegani oleh rakan dan lawan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, dengan keputusan dan prestasi cemerlang yang dibuktikan Umno Sabah dalam menghadapi tiga kali pilihanraya umum dengan memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang diperuntukkan kepada Umno ia dianggap oleh pemimpin-pemimpin Umno di Semenanjung bahawa Umno Sabah sebagai kubu kuat parti.
“Saya pula menganggap apa yang mereka (pemimpin Umno dari Semenanjung) katakan itu, bukan sebagai satu keistimewaan..ianya merupakan satu tanggungjawab ahli dan pemimpin Umno di negeri ini untuk memastikan Umno Sabah benar-benar kuat,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tuaran di Dewan Pusat Latihan Rela Sabah, dekat sini, kelmarin.
Katanya, sebagai ahli dan pemimpin Umno adalah amat penting semua pihak dalam parti untuk terus berkerjasama dan bersatu padu untuk memastikan Umno di negeri ini di pandang mulia dan tinggi oleh rakan dan lawan.
Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno juga berkata, adalah amat penting untuk ahli dan pemimpin parti di semua peringkat supaya berjuang dengan penuh keikhlasan dan semangat perpaduan dan saling bekerjasama.
Dalam pada itu,beliau juga meminta semua barisan kepimpinan parti di peringkat bahagian dan cawangan termasuk sayap parti, Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memperkemaskan pentadbiran dan aktiviti termasuk di peringkat cawangan.
“Apa yang penting pemimpin peringkat cawangan juga turut berganding bahu bersama masyarakat setempat dalam menjayakan apa juga aktiviti,” katanya.
Tegasnya, sebarang usaha yang boleh melemahkan parti perlu dielakkan.
Sementara itu,Musa yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan pembangunan yang seimbang akan dilaksanakan di seluruh negeri yang sekarang ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan tidak lama lagi akan menghadapi RMK-10.
Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Yahya Hussin, Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Mohd Noor, Ketua Umno Bahagian Sandakan, Tan Sri Ampong Puyon dan Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Botol plastik pengganti lampu
Ruangan dalam bangunan LEO SESB Tanjung Aru yangmenggunakan lampu daripada botol plastik berisi air
Menerusi kaedah itu, botol plastik berisi air akan dipasang di atap bangunan bagi membolehkan cahaya matahari memasuki ruangan dewan atau bilik dan menerangi kawasan berkenaan secara semula jadi.
Pengurus Zon Tengah Kendalian Pembahagian SESB Kota Kinabalu, Willie Wong, berkata cahaya yang dihasilkan menerusi kaedah itu menyamai kekuatan cahaya lampu biasa yang menggunakan tenaga elektrik.
Beliau yang menjalankan kajian penggunaan kaedah itu sejak awal tahun ini berkata, jika dilaksanakan, ia mampu menjimatkan penggunaan elektrik untuk lampu pada waktu siang sehingga 100 peratus.
"Botol plastik berisi air yang dipasang di atap bangunan akan memancarkan cahaya terang dan kelihatan seperti cahaya lampu biasa kerana air dalam botol itu bertindak seperti prisma.
"Konsepnya sama seperti memasang zink lutsinar tetapi cahaya matahari yang memasuki ruang bangunan akan menjadi lebih terang berbanding cahaya biasa jika menggunakan zink lutsinar," katanya di sini, kelmarin.
Wong berkata, pengguna yang ingin memasang kaedah itu tidak memerlukan kos tinggi kerana hanya perlu mengumpul botol plastik terpakai untuk dipasang pada atap bangunan.
Katanya, botol plastik yang diisi air akan dilekat menggunakan pelekat silikon secara menegak di atas atap manakala bahagian bawah botol diletak menghadap ruangan bangunan.
"SESB sudah memasang kaedah ini di bilik serbaguna kami di pejabat SESB Tanjung Aru sejak awal tahun ini dan sekarang ia berfungsi dengan baik tanpa kebocoran.
"Sebagai tambahan, kami turut memasang satu sistem jatuhan air dalam bangunan untuk menghasilkan udara sejuk tanpa menggunakan pendingin hawa.
"Pada masa sama, kami juga memasang sistem solar bagi menghasilkan tenaga elektrik untuk menghidupkan kipas dan lampu bagi kegunaan pada waktu malam," katanya.
Katanya, gabungan penggunaan botol plastik, sistem jatuhan air dan tenaga solar dalam satu bangunan dikenali sebagai sistem Pejabat Tenaga Rendah atau Low Energy Office (LEO) yang berkonsepkan teknologi hijau.
Beliau berkata, SESB mengalu-alukan orang ramai yang ingin melihat keberkesanan kaedah itu dan bersedia memberikan panduan kepada sesiapa yang ingin memasangnya.
"Kaedah ini berpotensi digunakan dalam pejabat atau dewan kerana atap perlu ditebuk bagi memasang botol plastik.
"Berdasarkan apa yang kami lakukan, ia berkesan untuk menjimatkan tenaga tanpa menjejaskan keselesaan orang ramai kerana langkah itu memaksimumkan penggunaan sumber semula jadi seperti cahaya matahari," katanya.
oleh: Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
Tuesday, July 21, 2009
Memperkasa budaya politik di kalangan belia
Tidak hairanlah jika Barisan Nasional (BN) ingin mengembalikan prestasi cemerlang 2004 pada pilihan raya umum, maka dasar proaktif mensosialisasikan sasaran pengundi dan rakyat jelata mesti disegerakan.
Agensi kerajaan seperti Kemas, Jabatan Penerangan, media massa dan sebagainya mesti memainkan peranan aktif melaksanakan kempen sosialisasi politik sesuai budaya politik memupuk kader dan kematangan politik.
Apakah sumbangan kita terhadap proses membina negara dan melestarikan Misi Nasional dan pencapaian Wawasan 2020?
Siapakah perlu melaksanakan budaya politik yang bersifat terbuka dan mementingkan perkasa sosialisasi politik? Adakah sistem parti BN atau kerajaan dengan bantuan agensi pelaksana masing-masing?
Namun, pada hemat saya, sudah sampai masanya BN sebagai pemerintah merancakkan proses tarbiyah politik dalam konteks sosialisasi politik dengan bukan hanya pengajaran kursus sivik, bahkan mengasah dan mengasuh mereka bagaimana berfikir.
Pemikiran kritis mengambil kira bagaimana (kaedah berfikir) bukan apa hendak difikirkan dan sekali gus, pengalaman lebih diutamakan sebagai proses pembelajaran bukan sebaliknya.
Bahkan, kajian memperlihatkan generasi muda banyak memperoleh pengetahuan politik daripada sekolah berbanding pengalaman luar.
Nilai kewarganegaraan yang baik bermula dan dipupuk di sekolah, dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya.
Begitu juga, rakan sebaya menerusi kelab belia dan persatuan sosial, keagamaan dan lain mampu membina modal insan dan tarbiyah politik jika program proaktif disemarakkan dengan konsisten.
Jika budaya politik yang menggalakkan pemikiran terbuka, maka sosialisasi politik adalah agenda utama BN dan perlu dilaksanakan segera.
Bagaimanapun, jika agensi kerajaan bertanggungjawab gagal melaksanakan peranan mematangkan politik dalam bentuk tarbiyah politik dan pemupukan nilai, kepercayaan, perilaku politik sesuai dengan cabaran Wawasan 2020, maka kita khuatir kestabilan politik akan terjejas.
Justeru, golongan sasaran khususnya belia dari semua kaum mesti diperkasakan budaya politik mereka dengan kempen sosialisasi politik berkesan sambil menjadi warga negara patriotik lagi menghayati cabaran Wawasan 2020, sekali gus memaparkan nilai warga negara yang toleran, matang dan demokratik bahkan lebih mementingkan negara bukan sebaliknya.
PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF,
Pusat Pengajian Komunikasi, USM Pulau Pinang.
Memperkasa budaya politik di kalangan belia
Tidak hairanlah jika Barisan Nasional (BN) ingin mengembalikan prestasi cemerlang 2004 pada pilihan raya umum, maka dasar proaktif mensosialisasikan sasaran pengundi dan rakyat jelata mesti disegerakan.
Agensi kerajaan seperti Kemas, Jabatan Penerangan, media massa dan sebagainya mesti memainkan peranan aktif melaksanakan kempen sosialisasi politik sesuai budaya politik memupuk kader dan kematangan politik.
Apakah sumbangan kita terhadap proses membina negara dan melestarikan Misi Nasional dan pencapaian Wawasan 2020?
Siapakah perlu melaksanakan budaya politik yang bersifat terbuka dan mementingkan perkasa sosialisasi politik? Adakah sistem parti BN atau kerajaan dengan bantuan agensi pelaksana masing-masing?
Namun, pada hemat saya, sudah sampai masanya BN sebagai pemerintah merancakkan proses tarbiyah politik dalam konteks sosialisasi politik dengan bukan hanya pengajaran kursus sivik, bahkan mengasah dan mengasuh mereka bagaimana berfikir.
Pemikiran kritis mengambil kira bagaimana (kaedah berfikir) bukan apa hendak difikirkan dan sekali gus, pengalaman lebih diutamakan sebagai proses pembelajaran bukan sebaliknya.
Bahkan, kajian memperlihatkan generasi muda banyak memperoleh pengetahuan politik daripada sekolah berbanding pengalaman luar.
Nilai kewarganegaraan yang baik bermula dan dipupuk di sekolah, dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya.
Begitu juga, rakan sebaya menerusi kelab belia dan persatuan sosial, keagamaan dan lain mampu membina modal insan dan tarbiyah politik jika program proaktif disemarakkan dengan konsisten.
Jika budaya politik yang menggalakkan pemikiran terbuka, maka sosialisasi politik adalah agenda utama BN dan perlu dilaksanakan segera.
Bagaimanapun, jika agensi kerajaan bertanggungjawab gagal melaksanakan peranan mematangkan politik dalam bentuk tarbiyah politik dan pemupukan nilai, kepercayaan, perilaku politik sesuai dengan cabaran Wawasan 2020, maka kita khuatir kestabilan politik akan terjejas.
Justeru, golongan sasaran khususnya belia dari semua kaum mesti diperkasakan budaya politik mereka dengan kempen sosialisasi politik berkesan sambil menjadi warga negara patriotik lagi menghayati cabaran Wawasan 2020, sekali gus memaparkan nilai warga negara yang toleran, matang dan demokratik bahkan lebih mementingkan negara bukan sebaliknya.
PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF,
Pusat Pengajian Komunikasi, USM Pulau Pinang.
RM50 juta bantuan pinjaman belia niaga
sumber: Majlis Belia Malaysia
JERANTUT 29 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini menerusi Tabung Pinjaman Ekonomi Belia untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan di seluruh negara.
Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Azizan Che Omar berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan telah memudahkan prosedur dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang selama ini dilihat menjadi halangan kepada belia.
Melalui pinjaman tersebut, katanya, belia tidak perlu menyediakan penjamin bagi pinjaman RM15,000 ke bawah sebaliknya mereka hanya perlu mengemukakan permohonan dengan surat sokongan dan pendaftaran perniagaan.
''Bagi pinjaman RM15,000 hingga RM50,000 pula, mereka hanya perlu mengemukakan seorang penjamin yang berpendapatan RM800 sebulan," katanya ketika menutup Program Ekspedisi Kuala Tahan anjuran Gerakan Belia 4B Indera Mahkota di Kuala Tahan dekat sini kelmarin.
Mohd. Azizan memberitahu, peminjam tidak perlu lagi menjalani ujian minda atau prosedur lain tetapi hanya perlu menjalani kursus singkat perniagaan anjuran kementerian terbabit.
Katanya, pinjaman mudah yang disediakan kementerian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan selain melahirkan belia berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di seluruh negara.
Sehingga kini, menurut Mohd. Azizan, sebanyak RM10.5 juta pinjaman diluluskan kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.
Sehubungan itu, beliau menggesa belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan menganggur supaya memohon pinjaman itu bagi memajukan diri dalam perniagaan.
''Peluang keemasan yang disediakan kerajaan itu tidak seharusnya dipersia-siakan kerana kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mereka menjadi usahawan yang berjaya dan mendapatkan pendapatan lumayan," katanya.
Mohd. Azizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, pinjaman itu terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum.
Belia disaran bantu kerajaan
KOTA BHARU: Golongan belia disaran membantu kerajaan dengan menyumbangkan khidmat mereka yang berguna kepada pembangunan negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, sejajar dengan tema "1Belia dan 1Malaysia", belia perlu menjadi penggerak kepada perubahan negara di samping komited dalam setiap bidang yang diceburi.
"Generasi belia perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran globalisasi dan bersaing di peringkat antarabangsa," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 peringkat Kelantan di sini yang turut dihadiri oleh Sdr. Tajudin Ahmad, Setiausaha Agung MBM, malam tadi.
Ahmad Shabery berkata, keteguhan diri dan kekuatan dalaman dapat membantu seseorang pemimpin belia menghadapi tekanan dan cabaran. "Mereka perlu memastikan segala perancangan yang dirancang sekarang mencapai matlamat pada masa depan dengan baik dan berkesan," katanya.
Ahmad Shabery berkata, dalam usaha melahirkan pemimpin belia yang mempunyai personaliti unggul, belia hendaklah sentiasa didedahkan dengan isu-isu semasa secara lebih luas.
"Belia juga perlu memberi penekanan tentang cabaran dalam memupuk semangat perpaduan bangsa Malaysia serta mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan melalui konsep yang ada. Pada majlis itu, Belia Pasir Putih diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana kerana kejayaan dalam melahirkan seorang pemimpin beliau yang berwawasan diikuti Pasir Mas dalam kategori keusahawanan. - Bernama
Tuesday, July 7, 2009
PETIKAN: Kita patut memilih jalan yang betul, bukan sekadar jalan yang MUDAH
Petikan ini mempunyai maksud yang halus kerana ini berkaitan dengan semangat dalaman dan jati diri bagi merealisasikan & memfokusi sesuatu matlamat kita.
Adalah MUDAH untuk menyalahkan orang lain daripada melihat ke dalam diri sendiri.
Adalah MUDAH untuk melihat perbezaan yang berlaku pada diri seseorang daripada mencari persamaan yang ada antara kita.
Tetapi kita patut memilih jalan yang betul, bukan sekadar jalan yang MUDAH ...
Nombor calon di sebalik pencalonan (Bhgn 2)
Jika nombor calon seorang calon tersebut adalah berdasarkan pencalonan dari setiap cawangan yang bersidang;
2. Orang yang ingin bertanding itu akan berkerja dan masuk di semua cawangan-cawangan yang bersidang, mereka akan berjumpa dengan semua orang (ahli umno).
3. Orang yang ingin bertanding itu akan menunjukkan kesungguhan mereka untuk mendapatkan pencalonan dari setiap cawangan yang bersidang.
4. Orang yang ingin bertanding itu akan menampakkan minat mereka untuk bertanding dan mereka juga akan berusaha bagi mendapatkan pencalonan.
Ini pendapat saya. (hanya sekadar pendapat, sama-samalah kita menilainya)
Jika ini berlaku berlanjutan dimanakah tahap kualiti dan nilai kita sebagai pemimpin untuk masa depan. Jika kita fikir sekarang perkara itu itu memang baik untuk diri kita. Tetapi jika anda melihat 10 - 20 tahun kehadapan, adakah anda mahu melihat anak-anak kita dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak berkualiti dan tidak mempunyai nilai kepimpinan, tidak ada karisma serta tiada kepakaran dalam kepimpinan.
Inilah yang berlaku di semenanjung pada PRU-12, di mana 5 negeri telah di tawan oleh parti pembangkang. Perkara ini berlaku kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin UMNO. Rakyat sudah jemu dengan janji-janji pemimpin yang tidak berkualiti dan tidak bernilai ini. Akibatnya mereka telah memilih parti pembangkang untuk menjadi pemimpin mereka.
Perkara ini adalah mustahak dan harus kita elak. Tidak perlu arahan dari pusat, tetapi kita harus melaksanakannya dan mencorakannya sendiri bermula sekarang, sebelum terlambat.
Jika nombor calon seorang calon itu di ambil melalui cabutan undi.
1. Dari sinilah kita benar-benar dapat menilai kesungguhan dan kerja-kerja mereka. Walaupun pencalonan tidak memberi sebarang kesan terhadap 'nombor calon' tetapi mereka tetap berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh. Inilah nilai sebenar seorang pemimpin yang ikhlas bekerja untuk rakyat.
2 Mereka akan menunjukkan keikhlasan mereka bekerja hanya untuk parti yang kita sayangi dan bukan untuk diri sendiri bagi mendapat jumlah pencalonan yang banyak dan ranking yang tertinggi.
3. Mereka akan terus bekerja tanpa mengharapkan apa-apa dari rakyat. Inilah yang dikatakan keikhlasan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.
Janganlah sesekali kita memikirkan kebaikkan dan kesenangan hanya untuk diri kita sendiri sahaja. Tetapi kita harus memikirkan untuk masa hadapan. Kerana perkara ini adalah permulaannya dan akan memberi kesan yang besar terhadap anak-anak kita jika pemimpin kita tidak mempunyai kualiti. Biarlah pemimpin yang kita ada jumlahnya sedikit tetapi sangat berkualiti dan bukan berdasarkan kuantiti. Dalam mencari seorang pemimpin yang benar-benar mahu memimpin kita harus meredah sedikit kesusahan dan rintangan. Ini adalah suara seluruh PUTERA, sama-samalah kita menilai kerana setiap tindakan yang kita ambil akan meninggalkan kesan kepada semua.
Monday, July 6, 2009
Mesyuarat Persediaan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Kudat
Wednesday, July 1, 2009
FAIZAL: Hentikan perbalahan SAPP - GERAKAN
2. Perkara ini tidak harus berlaku dan ia harus dihentikan segera kerana perkara ini hanya membuang masa sahaja.
3. Sebagai Wakil Rakyat, anda harus meneruskan agenda dan membantu rakyat dalam menangani pelbagai masalah.
4. Pemimpin harus menumpuhkan sepenuh perhatian kepada rakyat yang inginkan perubahan. Janji-janji semasa pilihanraya harus ditunaikan kepada rakyat.
5. Ini adalah politik murahan mencari publisiti dan tidak berfaedah.
6. Mengapa harus adakan pilihanraya kecil tidak tentu pasal atau atas sebab-sebab yang remeh-temeh? Perkara ini langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat.
7. Jika pilihanraya kecil diadakan tanpa sebab yang kukuh, hanya membuang masa, membebankan rakyat serta membazir duit rakyat sahaja.
8. Mengapa masih ada segelintir pemimpin mahu tunjuk lagak? Mahu tunjuk siapa lagi berkuasa? Sedangkan nasib rakyat masih ada ramai lagi yang belum terbela.
9. Mainan politik yang murahan seperti ini langsung tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat mahupun negeri.
10. Kalau betul-betul berani dan mahu bertanding. Kena tunggulah PRU13 nanti. Sekarang adalah masanya untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.
11. Adalah menjadi perkara baik jika wakil-wakil rakyat ini dapat bekerjasama dan menjalankan tugas masing-masing secara profesional. Kerana pemimpin adalah contoh kepada rakyat dan seharusnya mereka memberi teladan yang baik kepada masyarakat.
Tuesday, June 30, 2009
Faizal: Pemimpin harus berubah
2. UMNO harus kembali kepada asas perjuangan.
3. Pemimpin-pemimpin politik harus berubah.
4. Pemimpin harus sentiasa berada di atas padang memberi perkhidmatan kepada rakyat. Tidak perlu lagi buat kenyataan 'wakil rakyat turun padang' kerana sememangnya tempat wakil rakyat mestilah sentiada di atas padang membantu masyarakat. Mereka (rakyat) bukan meminta untuk hidup senang. Tetapi cukup sekadar dapat perhatian dari para pemimpin terhadap masalah mereka dan dapat hidup dengan selesa.
5. Pemimpin juga haruslah mudah untuk dihubungi. Dapat memberi sepenuh kerjasama dengan masyarakat dan bukan hanya duduk di dalam rumah batu yang berhawadingin.
6. Biasakan diri minum dan duduk di kedai kopi dan bukan di coffee house dan hotel-hotel mewah sahaja.
7. Jangan terlalu bergantung dan percaya kepada pendapat dan nasihat orang-orang disekeliling kita sahaja. "hands-on leadership".
8. Jangan suka menayang kekayan seperti rumah baru yang bertingkat-tingkat, kereta mahal yang diimport dari luar negara dll sdngkan rakyat ramai yg miskin.
9. Jadilah pemimpin yang sederhana dan 'cool'. Anggap kerjaya politik sebagai sebahagian dari amal ibadah.
Thursday, June 25, 2009
Buat Semua Calon Perwakilan

1. Ramai orang (ahli UMNO) mahu menjadi calon perwakilan untuk menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur.
2. Ramai di antara mereka tidak tahu atau buat-buat lupa akan tanggungjawab mereka bila suda jadi perwakilan.
3. Tidak kurang juga mereka yang langsung tidak tahu apa itu makna serta tanggungjawab sebagai 'perwakilan'.
4. Saya kecewa bila mendengar ada sebilangan bakal calon berkata, mereka cuma mahu 'test marker', ada yang berkata mereka ada 'aura' dan yakin mereka boleh menang dan ada juga yang kata hanya mahu cari 'nama'.
5. Adakah perjuangan mereka ini masih lagi di landasan yang betul? Adakah mereka betul-betul mahu memperjuangkan hak-hak orang melayu dan membela nasib bangsa dan rakyat? Di manakah Wawasan mereka ini?
6. Personifikasi inilah yang akan membuat kita hancur dan lemah. Inilah sifat-sifat yang harus di ubah. Jika tidak, pemergian mereka ke sana hanyalah sia-sia dan membazir tenaga, masa dan wang sahaja.
7. Calon bertanding dan memang dalam pertandingan perwakilan mestilah mempunyai kualiti-kualiti tertentu serta mempunyai wawasan dan berkarisma yang boleh membantu kita di Bahagian serta mampu menyumbangkan sesuatu untuk rakyat.
8. Calon yang menang harulah mendapatkan seberapa banyak maklumat, pandangan serta nasihat apabila pergi ke Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur.
9. Maklumat yang mereka perolehi dari sana haruslah disalur dengan betul kepada ahli-ahli UMNO Bahagian, kerana mereka adalah wakil (perwakilan) yang dipilih oleh perwakilan cawangan.
10. Harapan saya kepada para perwakilan, pilihlah calon yang benar-benar layak. Mereka yang benar-benar boleh menyumbangkan sesuatu kepada UMNO khususnya di Bahagian Kudat ini.
11. Sesungguhnya saya yakin dan percaya saudara perwakilan semua mampu membuat pilihan dengan bijak dan tepat untuk masa depan kita bersama.
12. Saya mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding.
Wednesday, June 24, 2009
MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.
3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.
5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.
6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.
7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.
8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.
9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.
10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.
11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.
12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.
by: Tun Dr. Mahathir Mohamad
KHAIRY: JANGAN JADIKAN PELAJAR BAHAN UJIAN PPSMI
Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara. "Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini. Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan. Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik. Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan. Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli. PPSMI rugikan murid "Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati: Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kelayakan masuk Universiti "Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009)," katanya. Menurutnya, Pemuda Umno juga juga bersetuju dengan penjelasan Muhyiddin bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut. "Oleh itu, Pemuda Umno menyokong penuh syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar. "Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda Umno agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET (Malaysian University English Test) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka," katanya. Bagi Pemuda Umno, tegas Khairy, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting, terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada para pelajar. Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan analisis untung-rugi halatuju PPSMI haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara. -Malaysiakini |
DR. M: PEMIMPIN POLITIK PERLU BERDISIPLIN
"Dalam hal berfikir, anda perlu cukup berdisiplin kerana fikiran berdisiplin berkemungkinan membawa hasil yang diharapkan".
Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya berjudul "Asian Political Leadership: Disciplined Thinking For Change" di Persidangan Antarabangsa ke-14 mengenai Pemikiran (ICOT) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini Selasa.
Sidang lima hari itu, yang bermula Isnin, dihadiri oleh kira-kira 500 peserta dari 42 negara termasuk Malaysia.
Dr Mahathir juga berkata kebolehan Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 adalah hasil dari proses pemikiran berdisiplin oleh kerajaan ketika itu.
Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.
Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".
Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.
"Contoh baik dapat dilihat pada negara Jepun yang moden dan cukup maju selepas pemimpin-pemimpin politiknya memutuskan untuk mencontohi negara-negara Eropah. Begitu juga China, bagaimana di bawah Deng Xiao Ping negara itu telah bergerak ke arah permodenan.
"Kini, China sebuah negara pembuat terbesar di dunia dan mereka boleh menghasilkan hampir apa saja. Walaupun sesetengah pihak berkata produknya bermutu rendah, saya percaya ini boleh ditambah baik akhirnya," kata beliau.
Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.
Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".
Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mengingatkan, bila seseorang memegang kuasa, adalah sukar untuk menyingkirkannya walaupun ia bukan seorang pemimpin yang baik dan telah membawa kemusnahan kepada negaranya.
"Di bawah sistem demokrasi, rakyat perlu menunggu sehingga pilihan raya seterusnya untuk menyingkir atau menukar pemimpin yang tidak baik, dan dalam pada itu rakyat akan menderita," katanya.
Dr Mahathir berpendapat kualiti kepimpinan yang diperlukan di negara-negara Asia adalah berbeza dengan di Eropah kerana perbezaan budaya.
"Di Eropah, idea mereka hampir serupa dan situasi yang wujud membolehkan mereka mencontohi satu sama lain, tetapi ini berbeza dengan negara-negara Asia di mana sistem nilai dan budaya mereka berbeza. Akibatnya, pembangunan di Asia tidak seimbang," katanya.
Kepada satu soalan daripada hadirin mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu mempelajari bahasa ilmu supaya mendapat akses kepada penemuan-penemuan dan teori terbaru dalam Sains dan Teknologi yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa utamanya.
"Walaupunpun kita belajar terbaik dengan bahasa ibunda kita, kita tidak boleh mengharapkan orang lain terus atau sentiasa membantu menterjemah maklumat atau penemuan dalam bahasa lain semata-mata untuk faedah kita," katanya.
-- BERNAMA
Tuesday, June 23, 2009
NOMBOR CALON DISEBALIK PENCALONAN
2. Musim Pemilihan Perwakilan Top 2 & Top 7 sudah kembali. Ramai yang meloby untuk minta dicalonkan. Masing-masing dengan cara dan strategi yang telah mereka atur.
3. Jentera-jetera kempen sudah mulan menjalankan tugas masing-masing untuk memikat hati para perwakilan untuk mengundi.
4. Saya mahu sentuh mengenai 'Nombor Calon' seorang calon yang bertanding.
5. Pada masa sekarang, 'nombor calon' seorang calon adalah bergantung kepada jumlah 'pencalonan' dari setiap cawangan yang layak bersidang.
6. Cara ini tidak harus digunapakai lagi pada masa ini dan harus diubah.
7. Dengan cara seperti ini, ramai dikalangan calon berlumba-lumba untuk mendapatkan pencalonan dari setiap cawangan yang layak bersidang.
8. Dengan cara ini siapa dapat pencalonan terbanyak maka ranking nombor pencalonannya pun tinggi dan teratas.
9. Tetapi ramai tidak sedar. Dengan cara ini politik wang berlaku semasa waktu pencalonan lagi. Bakal-bakal calon sanggup untuk menabur wang kepada orang-orang tertentu untuk membeli pencalonan. Itu belum masuk musim pertandingan lagi.
10. Ini akan mengalakan lagi politik wang berlaku sejak awal pencalonan bukan sahaja waktu pengundian.
11. Apa kata kalau ubah kembali kepada cara lama. Minimumkan jumlah pencalonan untuk layak bertanding bagi semua jawatan yang dipertandingkan.
12. Nombor calon seseorang calon jangan lagi diambil berpandukan jumlah pencalonan yang diterima.
13. Tetapi nombor calon seseorang calon yang telah layak bertanding itu mestilah ditentukan dengan cara 'cabutan nombor' (seperti cabutan nombor bertuah).
14. Dengan cara ini, seorang calon yang menawar diri untuk bertanding tidak lagi membeli 'pencalonan' dengan menabur wang ringgit kepada orang-orang tertentu.
15. Jika pencalonan dan jawatan begitu mudah dibeli dengan wang ringgit, apa lah kualiti dan kemajuan yang akan kita capai.
16. Ini adalah cadangan saya, hanya yang berkuasa saja boleh laksanakan cadangan ini.
MASALAH PENGANGGURAN DIKALANGAN REMAJA
2. Masyarakat pula menyalahkan kerajaan berhubung masalah pengangguran ini mengatakan kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi.
3. Perkara seperti ini tidak perlu berlaku jika masyarakat mempunyai ilmu dan mendapat cukup maklumat.
4. Masyarakat perlu sedar tentang keperihatinan kerajaan mengenai perkara ini. Ada segelintir masyarakat terutamanya golongan belia lepasan sekolah sangat memilih pekerjaan.
5. Jika kita lihat dan baca ada di semua jenis surat khabar diseluruh Malaysia ada memaparkan iklan-iklan yang menawarkan jawatan kosong. Berbagai-bagai jenis pekerjaan ditawarkan dari berbagai jenis perniagaan dan syarikat sama ada berkaitan kerajaan mahupun swasta.
6. Mereka mahu mencari pekerjaan yang 'glomour', Gaji besar. Mereka mahu bergaya.
7. Saya sangat percaya bahawa kerajaan sentiasa perihatin berkaitan masalah ini. Ini dibuktikan dengan komitmen kerajaan yang telah melaburkan wang jutaan ringgit bagi membina projek-projek mega dan secara tidak langsung dapat membangunkan sesuatu kawasan dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan juga peluang-peluang pekerjaan.
8. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia yang ingin untuk menceburi bidang keusahawanan, berkaitan penternakan dan pertanian, dll.
9. Kerajaan juga ada menyediakan kursus-kursus bagi memberi kemahiran berkaitan bidang tertentu selain membantu dengan menyediakan kemudahan pinjaman daripada agensi-agensi seperti MARA, Tekun Nasional, Jabatan Belia, Bank Rakyat dll
10. Soal tidak ada peluang pekerjaan tidak timbul. Yang dikehendaki ialah kemahiran, ilmu, berani dan kesungguhan untuk mendapatkannya.
11. Sesungguhnya setiap masyarakat perlu memainkan peranan dalam perkara ini.
12. Kalau kita bersungguh-sungguh apa perkara pun kita dapat atasi dan lakukan.
13. Saya percaya peluang tidak akan datang kehadapan. Tetapi kita harus berusaha mencari dan mencipta peluang kita sendiri.
14. "Mau seribu daya, nda mau seribu alasan".










Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,