Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke puteraumnokudat.blogspot.com. Melalui blog ini anda boleh dapat banyak maklumat info-info terkini mengenai isu-isu politik tanahair. Saya sangat percaya, dengan wujudnya puteraumnokudat.blogspot.com ini akan dapat membuka mata dan minda para pembaca khususnya golongan belia supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya dan isu-isu karut yang dimainkan pihak pembangkang. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan cadangan anda boleh email saya "faizal_putera@ymail.com".

Sekian terima kasih

Faizal Murtaza


Barisan EXCO Pemuda UMNO Bahagian Kudat. Yang dipimpin oleh Ketua Pemuda Tuan Sh. Sahar Bin Sh. Ading

Barisan Pemain Pasukan Bola Sepak Putera UMNO Bahagian Kudat

Tuesday, June 30, 2009

Faizal: Pemimpin harus berubah

1. Realiti UMNO sekarang tidak sama seperti dahulu. UMNO sekarang sudah jauh merosot. Kepercayaan rakyat telah hilang terhadap para pemimpin UMNO.

2. UMNO harus kembali kepada asas perjuangan.

3. Pemimpin-pemimpin politik harus berubah.

4. Pemimpin harus sentiasa berada di atas padang memberi perkhidmatan kepada rakyat. Tidak perlu lagi buat kenyataan 'wakil rakyat turun padang' kerana sememangnya tempat wakil rakyat mestilah sentiada di atas padang membantu masyarakat. Mereka (rakyat) bukan meminta untuk hidup senang. Tetapi cukup sekadar dapat perhatian dari para pemimpin terhadap masalah mereka dan dapat hidup dengan selesa.

5. Pemimpin juga haruslah mudah untuk dihubungi. Dapat memberi sepenuh kerjasama dengan masyarakat dan bukan hanya duduk di dalam rumah batu yang berhawadingin.

6. Biasakan diri minum dan duduk di kedai kopi dan bukan di coffee house dan hotel-hotel mewah sahaja.

7. Jangan terlalu bergantung dan percaya kepada pendapat dan nasihat orang-orang disekeliling kita sahaja. "hands-on leadership".

8. Jangan suka menayang kekayan seperti rumah baru yang bertingkat-tingkat, kereta mahal yang diimport dari luar negara dll sdngkan rakyat ramai yg miskin.

9. Jadilah pemimpin yang sederhana dan 'cool'. Anggap kerjaya politik sebagai sebahagian dari amal ibadah.

Thursday, June 25, 2009

Buat Semua Calon Perwakilan


1. Ramai orang (ahli UMNO) mahu menjadi calon perwakilan untuk menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur.

2. Ramai di antara mereka tidak tahu atau buat-buat lupa akan tanggungjawab mereka bila suda jadi perwakilan.

3. Tidak kurang juga mereka yang langsung tidak tahu apa itu makna serta tanggungjawab sebagai 'perwakilan'.

4. Saya kecewa bila mendengar ada sebilangan bakal calon berkata, mereka cuma mahu 'test marker', ada yang berkata mereka ada 'aura' dan yakin mereka boleh menang dan ada juga yang kata hanya mahu cari 'nama'.

5. Adakah perjuangan mereka ini masih lagi di landasan yang betul? Adakah mereka betul-betul mahu memperjuangkan hak-hak orang melayu dan membela nasib bangsa dan rakyat? Di manakah Wawasan mereka ini?

6. Personifikasi inilah yang akan membuat kita hancur dan lemah. Inilah sifat-sifat yang harus di ubah. Jika tidak, pemergian mereka ke sana hanyalah sia-sia dan membazir tenaga, masa dan wang sahaja.

7. Calon bertanding dan memang dalam pertandingan perwakilan mestilah mempunyai kualiti-kualiti tertentu serta mempunyai wawasan dan berkarisma yang boleh membantu kita di Bahagian serta mampu menyumbangkan sesuatu untuk rakyat.

8. Calon yang menang harulah mendapatkan seberapa banyak maklumat, pandangan serta nasihat apabila pergi ke Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur.

9. Maklumat yang mereka perolehi dari sana haruslah disalur dengan betul kepada ahli-ahli UMNO Bahagian, kerana mereka adalah wakil (perwakilan) yang dipilih oleh perwakilan cawangan.

10. Harapan saya kepada para perwakilan, pilihlah calon yang benar-benar layak. Mereka yang benar-benar boleh menyumbangkan sesuatu kepada UMNO khususnya di Bahagian Kudat ini.

11. Sesungguhnya saya yakin dan percaya saudara perwakilan semua mampu membuat pilihan dengan bijak dan tepat untuk masa depan kita bersama.

12. Saya mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding.

Wednesday, June 24, 2009

MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO



1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.

by: Tun Dr. Mahathir Mohamad

KHAIRY: JANGAN JADIKAN PELAJAR BAHAN UJIAN PPSMI



Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.

"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.

khairy jamaluddin interview 230209 12Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,
yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.

Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.

Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

PPSMI rugikan murid

"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:

bullet button Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Kelayakan masuk Universiti

"Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009)," katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno juga juga bersetuju dengan penjelasan Muhyiddin bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.

"Oleh itu, Pemuda Umno menyokong penuh syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar.

"Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda Umno agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET (Malaysian University English Test) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka," katanya.

Bagi Pemuda Umno, tegas Khairy, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting, terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada para pelajar.

Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan analisis untung-rugi halatuju PPSMI haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara.

-Malaysiakini

DR. M: PEMIMPIN POLITIK PERLU BERDISIPLIN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Seseorang pemimpin politik perlu berdisiplin dan sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dalam usahanya membina negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dalam hal berfikir, anda perlu cukup berdisiplin kerana fikiran berdisiplin berkemungkinan membawa hasil yang diharapkan".

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya berjudul "Asian Political Leadership: Disciplined Thinking For Change" di Persidangan Antarabangsa ke-14 mengenai Pemikiran (ICOT) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini Selasa.

Sidang lima hari itu, yang bermula Isnin, dihadiri oleh kira-kira 500 peserta dari 42 negara termasuk Malaysia.

Dr Mahathir juga berkata kebolehan Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 adalah hasil dari proses pemikiran berdisiplin oleh kerajaan ketika itu.

Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.

Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".

Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.

"Contoh baik dapat dilihat pada negara Jepun yang moden dan cukup maju selepas pemimpin-pemimpin politiknya memutuskan untuk mencontohi negara-negara Eropah. Begitu juga China, bagaimana di bawah Deng Xiao Ping negara itu telah bergerak ke arah permodenan.

"Kini, China sebuah negara pembuat terbesar di dunia dan mereka boleh menghasilkan hampir apa saja. Walaupun sesetengah pihak berkata produknya bermutu rendah, saya percaya ini boleh ditambah baik akhirnya," kata beliau.

Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.

Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".

Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengingatkan, bila seseorang memegang kuasa, adalah sukar untuk menyingkirkannya walaupun ia bukan seorang pemimpin yang baik dan telah membawa kemusnahan kepada negaranya.

"Di bawah sistem demokrasi, rakyat perlu menunggu sehingga pilihan raya seterusnya untuk menyingkir atau menukar pemimpin yang tidak baik, dan dalam pada itu rakyat akan menderita," katanya.

Dr Mahathir berpendapat kualiti kepimpinan yang diperlukan di negara-negara Asia adalah berbeza dengan di Eropah kerana perbezaan budaya.

"Di Eropah, idea mereka hampir serupa dan situasi yang wujud membolehkan mereka mencontohi satu sama lain, tetapi ini berbeza dengan negara-negara Asia di mana sistem nilai dan budaya mereka berbeza. Akibatnya, pembangunan di Asia tidak seimbang," katanya.

Kepada satu soalan daripada hadirin mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu mempelajari bahasa ilmu supaya mendapat akses kepada penemuan-penemuan dan teori terbaru dalam Sains dan Teknologi yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa utamanya.

"Walaupunpun kita belajar terbaik dengan bahasa ibunda kita, kita tidak boleh mengharapkan orang lain terus atau sentiasa membantu menterjemah maklumat atau penemuan dalam bahasa lain semata-mata untuk faedah kita," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, June 23, 2009

NOMBOR CALON DISEBALIK PENCALONAN

1. Sekarang sudah tiba masa Persidangan Party UMNO di semua peringkat dari cawangan hinggalah Pusat.

2. Musim Pemilihan Perwakilan Top 2 & Top 7 sudah kembali. Ramai yang meloby untuk minta dicalonkan. Masing-masing dengan cara dan strategi yang telah mereka atur.

3. Jentera-jetera kempen sudah mulan menjalankan tugas masing-masing untuk memikat hati para perwakilan untuk mengundi.

4. Saya mahu sentuh mengenai 'Nombor Calon' seorang calon yang bertanding.

5. Pada masa sekarang, 'nombor calon' seorang calon adalah bergantung kepada jumlah 'pencalonan' dari setiap cawangan yang layak bersidang.

6. Cara ini tidak harus digunapakai lagi pada masa ini dan harus diubah.

7. Dengan cara seperti ini, ramai dikalangan calon berlumba-lumba untuk mendapatkan pencalonan dari setiap cawangan yang layak bersidang.

8. Dengan cara ini siapa dapat pencalonan terbanyak maka ranking nombor pencalonannya pun tinggi dan teratas.

9. Tetapi ramai tidak sedar. Dengan cara ini politik wang berlaku semasa waktu pencalonan lagi. Bakal-bakal calon sanggup untuk menabur wang kepada orang-orang tertentu untuk membeli pencalonan. Itu belum masuk musim pertandingan lagi.

10. Ini akan mengalakan lagi politik wang berlaku sejak awal pencalonan bukan sahaja waktu pengundian.

11. Apa kata kalau ubah kembali kepada cara lama. Minimumkan jumlah pencalonan untuk layak bertanding bagi semua jawatan yang dipertandingkan.

12. Nombor calon seseorang calon jangan lagi diambil berpandukan jumlah pencalonan yang diterima.

13. Tetapi nombor calon seseorang calon yang telah layak bertanding itu mestilah ditentukan dengan cara 'cabutan nombor' (seperti cabutan nombor bertuah).

14. Dengan cara ini, seorang calon yang menawar diri untuk bertanding tidak lagi membeli 'pencalonan' dengan menabur wang ringgit kepada orang-orang tertentu.

15. Jika pencalonan dan jawatan begitu mudah dibeli dengan wang ringgit, apa lah kualiti dan kemajuan yang akan kita capai.

16. Ini adalah cadangan saya, hanya yang berkuasa saja boleh laksanakan cadangan ini.

MASALAH PENGANGGURAN DIKALANGAN REMAJA

1. Saya lihat hari demi hari semakin ramai yang menganggur dikalangan lepasan sekolah. Mereka tidak ada sebarang kerja.

2. Masyarakat pula menyalahkan kerajaan berhubung masalah pengangguran ini mengatakan kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi.

3. Perkara seperti ini tidak perlu berlaku jika masyarakat mempunyai ilmu dan mendapat cukup maklumat.

4.
Masyarakat perlu sedar tentang keperihatinan kerajaan mengenai perkara ini. Ada segelintir masyarakat terutamanya golongan belia lepasan sekolah sangat memilih pekerjaan.

5. Jika kita lihat dan baca ada di semua jenis surat khabar diseluruh Malaysia ada memaparkan iklan-iklan yang menawarkan jawatan kosong. Berbagai-bagai jenis pekerjaan ditawarkan dari berbagai jenis perniagaan dan syarikat sama ada berkaitan kerajaan mahupun swasta.

6. Mereka mahu mencari pekerjaan yang 'glomour', Gaji besar. Mereka mahu bergaya.

7. Saya sangat percaya bahawa kerajaan sentiasa perihatin berkaitan masalah ini. Ini dibuktikan dengan komitmen kerajaan yang telah melaburkan wang jutaan ringgit bagi membina projek-projek mega dan secara tidak langsung dapat membangunkan sesuatu kawasan dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan juga peluang-peluang pekerjaan.

8. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia yang ingin untuk menceburi bidang keusahawanan, berkaitan penternakan dan pertanian, dll.

9. Kerajaan juga ada menyediakan kursus-kursus bagi memberi kemahiran berkaitan bidang tertentu selain membantu dengan menyediakan kemudahan pinjaman daripada agensi-agensi seperti MARA, Tekun Nasional, Jabatan Belia, Bank Rakyat dll

10. Soal tidak ada peluang pekerjaan tidak timbul. Yang dikehendaki ialah kemahiran, ilmu, berani dan kesungguhan untuk mendapatkannya.

11. Sesungguhnya setiap masyarakat perlu memainkan peranan dalam perkara ini.

12. Kalau kita bersungguh-sungguh apa perkara pun kita dapat atasi dan lakukan.

13. Saya percaya peluang tidak akan datang kehadapan. Tetapi kita harus berusaha mencari dan mencipta peluang kita sendiri.

14. "Mau seribu daya, nda mau seribu alasan".