
1. Ramai orang (ahli UMNO) mahu menjadi calon perwakilan untuk menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur.
2. Ramai di antara mereka tidak tahu atau buat-buat lupa akan tanggungjawab mereka bila suda jadi perwakilan.
3. Tidak kurang juga mereka yang langsung tidak tahu apa itu makna serta tanggungjawab sebagai 'perwakilan'.
4. Saya kecewa bila mendengar ada sebilangan bakal calon berkata, mereka cuma mahu 'test marker', ada yang berkata mereka ada 'aura' dan yakin mereka boleh menang dan ada juga yang kata hanya mahu cari 'nama'.
5. Adakah perjuangan mereka ini masih lagi di landasan yang betul? Adakah mereka betul-betul mahu memperjuangkan hak-hak orang melayu dan membela nasib bangsa dan rakyat? Di manakah Wawasan mereka ini?
6. Personifikasi inilah yang akan membuat kita hancur dan lemah. Inilah sifat-sifat yang harus di ubah. Jika tidak, pemergian mereka ke sana hanyalah sia-sia dan membazir tenaga, masa dan wang sahaja.
7. Calon bertanding dan memang dalam pertandingan perwakilan mestilah mempunyai kualiti-kualiti tertentu serta mempunyai wawasan dan berkarisma yang boleh membantu kita di Bahagian serta mampu menyumbangkan sesuatu untuk rakyat.
8. Calon yang menang harulah mendapatkan seberapa banyak maklumat, pandangan serta nasihat apabila pergi ke Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur.
9. Maklumat yang mereka perolehi dari sana haruslah disalur dengan betul kepada ahli-ahli UMNO Bahagian, kerana mereka adalah wakil (perwakilan) yang dipilih oleh perwakilan cawangan.
10. Harapan saya kepada para perwakilan, pilihlah calon yang benar-benar layak. Mereka yang benar-benar boleh menyumbangkan sesuatu kepada UMNO khususnya di Bahagian Kudat ini.
11. Sesungguhnya saya yakin dan percaya saudara perwakilan semua mampu membuat pilihan dengan bijak dan tepat untuk masa depan kita bersama.
12. Saya mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding.

2 comments:
yah memang butul itu tuan diorang diberi mandat tapi ndah mahu buat kerja mcm tuan ini memang patut diberi sanjungan oleh orang kudat kerna tuan memang bagus, tapi tuan saya sarankan kan lah pemilihan 20011 nanti pilih betul2 calon yang butul sesuai sekian terima kasih...
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Belia_pengaraban kerana menjadi yang pertama dan berani memberi pendapat (ulasan) dalam blog ini. Teruskan lagi memberi seberapa banyak pendapat (idea), komen kalau ada.
Tentang calon pada masa akan datang kita tunggu dan lihat. sekarang masih terlalu awal untuk kita menilai. Saya sangat percaya dengan kebijaksanaan para perwakilan dalam membuat pilihan.
Post a Comment